buDak 15 taHun Kena CuLik




Kuantan : 'Baby , tolong kakak ,' jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik  tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas .

Dalam kejadian jam 3 petang itu , Siti Nur Fatihah Mahadi , Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Pandan , diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu .

Ketika kejadian , Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya , Muhammad syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah , 11 dalam perjalan pulang ke rumah mereka . 

Menceritakan kejadian itu , Nur Aisyah berkata , tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu .

Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ' Babu ... Tolong kakak 'sebelim dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati , '' katanya ketika ditemui di rumahnya . 

# Jadi marilah kite bersama-sama doakan Siti Nur Fatihah , supaya Allah selamatkan dia . Jadi kesimpulan dari kejadian ini , kite perlu lah sentiasa bersama orang tua kite , biar kite keluar dengan ibu bapa kite , itu lagi selamat .

Sekian .